Sabtu, 30 Maret 2013

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

"Said Qutb".

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini
bukanlah dikarenakan dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya.
Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit saja dan bukanlah ia
penyakit itu sendiri. Sebenarnya masalah utama dari keadaan.ini ialah: berangkat dan
melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya.
Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah
tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah
tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk
merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya
berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai
meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur,
khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!
Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori
yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik
perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu - dan
malah di negara-negara blok Barat juga - dengan sifatnya sebagai suatu isme yang
memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga
hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem
kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal
dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia
dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau
pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan
diktator. Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun - telah mulai nampak
kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan
oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu,
telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di
zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimpot gandum dan
bahan-bahan makanan serta menjual emas simpanannya untuk membeli bahan
makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem
ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.

Oleh itu, maka umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru!

Sesungguhnya peranan pimpinan manusia barat ke atas umat manusia ini
telah hampir tamat. Ini bukanlah kerana tamaddun Barat itu telah bengkerap dan
dari segi benda atau telah lemah dari segi ekonomi dan kekuatan tentera tetapi
sebenarnya kerana sistem Barat itu telah tamat tempohnya sebab ia tidak lagi
mempunyai stock “nilai” yang melayakkan dia memegang pimpinan.

Umat manusia perlukan suatu pimpinan yang mampu menyambung terus
tamadun kebendaan seperti yang telah dapat dicapai sekarang melalui tamadun
cara Eropah itu, juga yang mampu memberikan nilai baru yang lengkap, setanding
dengan yang telah sedia ada dan telah popular di dalam masyarakat manusia, juga
yang mempunyai program yang kemas kini, positif dan praktikal.
Hanya Islam sahajalah yang mempunyai nilai-nilai dan program yang sargat
diperlukan itu.
Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari
zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak
kemajuannya di dalam abad kedelapan betas dan abad kesembilan belas. Sesudah
itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan
kepada umat manusia.
Demikian juga faham-faham “kebangsaan” dan “perkauman” yang telah
muncul pada ketika itu, dan beberapa buah negara gabungan telah lahir dan telah
memberikan sumbangannya masing-masing kepada umat manusia tapi fahamfaham
“kebangsaan” dan “perkauman” itu sudah tidak mampu memberikan apaapa
pun kepada umat manusia, kerana sudah kehabisan bahan simpanan…
Pada akhirnya sistem-sistem yang berdasarkan kebebasan individu dengan
disusuli pula oleh sistem kolektif telah selesai peranannya dan berakhir dengan
kegagalan juga.

Sekarang tibalah pula giliran ISLAM dan peranan “umat” di saat yang paling
genting ini memang sudah tiba giliran Islam pula. Islam yang tidak memandang
remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia
sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia di sepanjang zaman
kerana Islam memandang kemajuan di bidang ciptaan sains itu sebagai salah satu
tugas utama manusia sejak Allah melantik umat manusia ini menjadi “khalifah” dan
pemerintah di bumi ini, dan di bawah syarat-syarat tertentu pula, Islam
memandangnya sebagai sejenis ibadat kepada Allah, dan sebagai sejenis
pelaksanaan tujuan hidup manusia:

Firman Allah:
وَإِذْ قَا َ ل رَبُّكَ لِلْمَلَائِ َ كةِ إِنِّي جَاعِ ٌ ل فِي الَْأرْضِ خَلِيَفًة
Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi. "
(Al-Baqarah: 30)
Dan firman Allah:

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِي
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembah-Ku.
(Adz-Dzariat: 5)
Maka tibalah giliran bagi “UMAT ISLAM” melaksanakan tujuan Allah yang
telah melahirkan umat ini ke tengah-tengah masyarakat umat manusia:
ُ كنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُو َ ن بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْ َ ن عَنْ الْمُن َ كرِ
وَتُؤْمِنُو َ ن بِاللَّهِ
Maksudnya: Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan dan kamu beriman kepada Allah.
(Aali Imraan: 110)
Dan firman Allah:
وَ َ ك َ ذلِكَ جَعَْلنَا ُ كمْ أُمًَّة وَسَ ً طا لِتَ ُ كونُوا شُهَدَاءَ عََلى النَّاسِ وَيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل عََليْ ُ كمْ
شَهِيدًا
Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan kamu [umat Islam] umat yang adil
(Al-Baqarah: 143)

Tetapi Islam tidak akan mampu menunaikan tugasnya kecuali bila ia
menjelma di dalam sebuah masyarakat, iaitu ia menjadi panduan hidup suatu umat
kerana umat manusia tidak mahu mendengar - terutama sekali di zaman mutaakhir
ini - kepada suatu akidah yang kosong, yang tidak dapat dilihat buktinya melalui
suatu bentuk hidup yang nyata dan dapat disaksikan sedangkan “wujud” umat
Islam itu sendiri boleh dianggap telah terputus -sejak beberapa abad yang lalu
kerana UMAT ISLAM itu bukanlah bererti sekeping tanah di mana Islam hidup di
situ, bukan juga suatu kaum atau golongan orang yang nenek moyang mereka
dahulu pernah menghayati Islam sebagai panduan hidup mereka kerana
sesungguhnya “umat Islam” itu ialah suatu golongan manusia yang menimba
hidup, konsep realiti, nilai hidup mereka dari sumber Islam dan umat ini, dengan
ciri-ciri yang disebut di atas, telah terputus wujudnya sejak terhentinya pelaksanaan
undang-undang dan syariat Islam dari seluruh muka bumi ini.
Oleh sebab itu maka perlulah dipulihkan semula wujudnya umat itu; supaya
Islam dapat menunaikan peranan yang sangat diharapkan itu, dalam memimpin
umat manusia sekali lagi.
Memanglah umat Islam itu mesti “bangkit” semula umat yang telah ditimbus
zaman, ditimbus oleh konsep hidup yang sesat dan ditimbus pula oleh realiti hidup
yang menyeleweng, ditimbus oleh sistem hidup yang pincang dan tiada kena
mengena dengan Islam sama sekali, tiada kena mengena dengan program Islam
walaupun umat itu masih menganggap dirinya sebagai umat Islam dan masih
memanggil negeri tempat tinggal mereka sebagai “dunia Islam.”
Sebenarnya saya arif benar bahawa jarak di antara usaha “bangkit” semula
dan “memegang pimpinan” itu masih jauh dan susah dilalui sebab sesungguhnya
umat Islam sudah hilang dari “wujud” dan “realiti” begitu lama sekali dan peranan
memimpin umat manusia itu telah diambil oleh fikiran yang lain, oleh umat yang
lain dan oleh konsep yang lain, juga oleh realiti yang lain berabad-abad lamanya
dan tamadun Eropah telah pun menciptakan dalam tempoh yang begitu lama
beberapa banyak perbendaharaan yang berbentuk “Ilmu Pengetahuan”
“kebudayaan” “sistem hidup” dan “penghasilan benda”, iaitu suatu
perbendaharaan yang agung dan telah membawa umat manusia naik ke kemuncak
kemajuan perbendaharaan yang tidak dapat dibuang begitu sahaja tanpa gantinya;
lebih-lebih lagi negara-negara yang bernama “dunia Islam” sekarang hampir tidak
mempunyai bahan simpanan dari hasil perbendaharaan itu.
Walau bagaimanapun tanpa mengenepikan pertimbangan ini walau
bagaimana jauhnya pun jarak di antara “bangkit semula” dengan “memegang
pimpinan” langkah-langkah ke arah bangkit semula itu mesti dijalankan serta merta
dan jangan dilengahkan lagi!
Supaya kita selalu dapat menguasai persoalannya, maka perlu benar kita
memahami secara terperinci, apakah dia syarat-syarat kelayakan yang akan
membolehkan umat ini (umat Islam) memegang peranan memimpin umat
manusia, supaya kita tidak meraba-raba dalam mencari unsur-unsur yang dapat
mencetuskan kebangkitan semula umat ini, di peringkat pertama.
Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai
kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan
kejaguhannya di dalam lapangan “ciptaan benda” yang membikin orang tunduk
dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya
berdasarkan faktor ini; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu
jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh
beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!
Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu
syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamaddun sekarang.
Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mesti memandang
enteng kepada soal “penghasilan benda” dan “rekaan sains”, sebab menjadi
kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya, tapi bukanlah dengan
anggapan bahawa ia merupakan “syarat kelayakan” asasi yang mesti kita gunakan
di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini. Cuma ia
diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan
juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah
mustahak sebagai syarat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan
ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak
lain daripada “akidah” dan “Program” yang membolehkan manusia itu memelihara
dan mengawal hasil ciptaan sains, di bawah pengawrasan suatu konsep lain yang
dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu,
dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan
manusia, iaitu sebuah masyarakat Islam.
Sesungguhnya dunia sekarang ini berada di dalam “Jahiliyyah” dari segi
dasar yang menjadi sumber bagi tegaknya kehidupan dan peraturan-peraturannya.
Jahiliyah yang tidak dapat menyelesaikan bebanan hidup hasil dari rekaan baru
yang sedang memuncak sekarang.
Jahiliyah ini tegak di atas dasar mencabul kekuasaan-kekuasaan Allah di
muka bumi dan merampas hak istimewa Allah iaitu pemerintahan dan kekuasaan.
Jahiliyah itu menyandarkan pemerintahan kepada umat manusia yang
menyebabkan setengah golongan menjadi hamba abdi kepada setengah golorgan
yang lain bukan sahaja di dalam bentuk primitif seperti yang berlaku di zaman
jahiliyah purbakala tetapi lebih dahsyat lagi di dalam bentuk mengakui dan



Tidak ada komentar: